Hari Pilihanraya telah ditetapkan oleh SPR pada Sabtu 8 Mac 22008. Hari ini adalah penentu kepada pentadbiran kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Aku telah mendaftar sebelum ini maka aku layak untuk mengundi. Lokasi mengundi aku adalah sekolah Pengkalan Kubur 2, untuk DUN Pengkalan Kubur dan Parlimen Tumpat. Aku sudah tahu siapa calon calon yang bertanding untuk kerusi tersebut.
Aku bergegas ke rumah ayah aku yang terletak di Kampung Telaga Lanas, dekat la tu dengan pengkalan kubur. Suasana kat sana tenang jer namun di pos parti memang ramai orang. kat pos PAS tu ada la saudara mara aku juga, abang aku, sepupu aku, jiran aku… meriah juga. Masa yang mula buat aku berdebar adalah bila saat pengiraan undi bermula di tempat pembuangan unid. Masa tu kalau ada orang keluar dari kawasan sekolah tu membawa berita dari pengiraan tersebut. Semua orang kat situ akan bertakbir sekiranya dapat berita PAS menang. Seronok tu.. Masa tu masing masing sibuk menelefon kawan kawan di tempat lain untuk mengetahui keputusan terkini. Dipengkalan kubur tu ada dua pusat iaitu Sekolah Kebangsaan 1 dan Sekolah Kebangsaan 2. SKPK 1 nampaknya PAS dah kalah, tapi SKPK 2 tu nampaknya PAS menang..

No comments:
Post a Comment