Tuesday, July 1, 2008

Pesta Wau 2008



Balik kampung adalah satu agenda tetap bagi setiap warga perantau.Aku juga begitu. Namun masa dan tarikh saja yang menjadi persoalan. bilakah masa yang sesuai untuk balik kampung. Mungkin adakalanya orang seperti aku ni tak perlu tengok pada musim, malah lebih kepada keperluan sahaja. Maknanya kalau ada ada hal yang perlu aku balik, maka bertolak lah aku dari KL ke Kelantan.

Dalam kesibukan kerja, aku bercadang nak balik kampung. kebetulan pada masa cuti sekolah bulan May lepas, ada pesta wau sedang berlangsung di Kelantan dan di Pantai Sri Tujuh. Teringat pengalaman masa kecil dulu bila mula mula perta wau di perkenalkan di kelantan. Namun kali ni aku berkunjung ke sana bersama anak dan isteri.

Anak aku yang sulung, Amirul Afiq memang suka betul tengok wau(kalau orang KL dia sebut layang layang).



Masa aku sampai kat pantai Sri Tujuh tu hari dah senja. Jadi pertandingan dah habis. Namun ramai lagi yang masih menggunakan peluang hari cerah dan berangin untuk menunjukan kehebatan dan kecantikan wau mereka. tengok lah tu. Macam macam ada. Dulu seingat aku, wau ni hanya sekeping kertas yang di tampalkan pada buluh sahaja. Tapi sekarang ni dah moden.

Ada yang boleh isi angin, ada yang boleh dipandu macam kereta, ada yang berbunyi dan macam macam lagi. Aku rasa pelik tapi kagum juga. Tapi yang pelik pelik tu semuanya datang dari luar negara. Ada dari jepun, Australia, Sweden dan banyak lagi.


Anak pun aku belikan satu Wau untuk dia. Dia ni mana pernah main wau kat KL. Balik kampung ni jer baru tau macam mana nak main wau.

Seronok dia main. tapi lepas tu dia dah boring, dia kasi kat aku plak. Aku plak yangmain wau tu. Dia mula main pasir pantai.