Kali ni baru aku betul betul rasa paling meriah dan hebat. Dalam hati berkata, “wah hebat anak muda kelantan sekarang nih…
Meriah betul. Aku terpaksa parking kete lebih kurang 500 meter dari pintu pagar tersebut. Jauh tu aku kena berjalan untuk sampai kat pintu pagar jer, lom lagi masuk kat dalam sekolah tu. Keluar jer dari kete perut aku plak berbunyi. Aku beli la roti ngan air kat kedai tepi tu. Jalan la dalam kebanjiaran orang ramai untuk sampai ker depan pintu pagar sekolah. orang memang riuh rendah. bukan setakat remaja jer, orang dewasa pun naik angin tengok budak budak tu dok mengibarkan bendera. Kete lain yang nak lalu kat situ memang bermasalah. tak boleh buat apa dah..
Aku cuba call member aku, Rosli yang dari tadi sampai kat situ. Dia jadi eskod pada Che lah, Bakal YB untuk dun Wakaf Bharu. Taliantelifon malam tu memang susah betul nak dapat line. Maklumlah, beribu orang ada kat situ. Semua guna handphone. Jadi sesak lah line kat situ. Tapi last sekali aku guna sms jer. Rupanya dia dah ada kat dalam pagar tu. Sebelum aku masuk kat dalam pagar sekolah tu,aku lepak dulu kat luar tu sambil tengok penyokong PAS yang lalu lalang membawa bendera sambil sorakan kemenangan.
Yang paling menaikan bulu roma aku sekali semasa berada kat situ ialah bila datang sebuah kereta yang ada bendera be end, maka orang ramai yang ada sekitar itu akan berteriakan menyuruh pemandu kereta tersebut menanggalkan bendera tersebut. Huhhh !! bengang gilapemandu dalam kete tu kena boo kat penyokong PAS. Ada sampai nak bergaduh tuuu… Tapi penyokong PAS tidak lahh sampai menyentuh kereta mereka tu..Polis yang ada kat situ pun turut gelak dan tak hirau kan penyokong tersebut.
Tiba masa untuk aku masuk ke dalam pagar sekolah. Aku masuk dan cari Rosli. Dia ada kat tepi pagar depan FRU yang bersedia dalam kawat duri dia.
